Monday, November 29, 2010

here's some of my biography :)

my name is nur atikah but some people call me tikoi(my best friend only hahaa)
i'm still too young my age now is 14 years old ^^. i'm studying at sm sains sabah starting from 2009(present) :D my favorite things is playing with the cute little stuff just like the CAT of course :D my favorite color is...... actually i don't have specified color that i like i love all color but the most is blue white purple and green :D... during free time i will make any activities that i like such as reading, playing the game ^^ and much more i love sports just like hockey, basket ball, and many more but some of this game i don't know how to play then i just watch people play and i will learn from them :D... hurmm i think that's enough for now ^^

coming back to new post ahax

hihi :)
today was great but like the others day it's filled with a bored mood
hurmm... don't know what to do ahax
but tomorrow i'm sure i will have a better day than today
say goodbye to bored mood and say hello to happy mood
:D

Thursday, November 25, 2010

i miss this time :) LABUAN hahaha

haha I miss this time where we (bridged smart smesh) has joined into a collaboration visit to SMK Labuan. various activities that we had time to be there. for example, shuffle balloons, musical chairs, visit their computer lab and many others we have been given gifts by the SMK Labuan which is a holder of the note paper. the gift was so cute and very useful to us:). The above picture shows we are on the porch of crabs (anjung ketam) on the first night in Labuan. We enjoyed a very delicious dinner meal such as fried squid, crabs, vegetable stir fry, and fish three flavors. women showing the peace symbol is a friend of mine named Laili and beside it was me:) we enjoyed that night with great pleasure and I feel very happy that night, I hope the night will happen again the other day with a happy feeling :)

i ♥ smesh :)


waa i really love this school but at form 4 i really wanna change to SMA or i mention it as Sekolah Menengah Agama. :) i wanna study at SMA and make preparation for the coming days huhu i hope my wishes come true... there's a lot of memories at this school i really dont wanna change my school but i know i must do the best for my future not only academic but for my soul too... i wanna be the new one my new one and be the better me huhu wish Allah will bless my hope :)...
i ♥ SMESH A LOT

Wednesday, November 24, 2010

facebook~

today i just delete all of my fb :)
glad to do this hope i will not login in 14 days
love it soo much
muack to my new me :)

Monday, November 22, 2010

lets read and laugh at lot :D haahaha

1. Bila org nampak ko baring tutup mata:

S: Ko tidur kah?

J: Tdk la, sia training mcm mana mau mati bah..

2. Imagine ko bawa bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:

S: Mau kasi bagus kah ni tv?

J: Tdk la,sia buring ba,jadi sia bawa la tv sia pi jln2 sini. >:O

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:

S: Ko kluar time hujan ni?

J: Eh ndak la,hujan yg nanti baru sia kluar.=-?

4. Time ko baru bangun tidur, trus si budu tanya ko:

S: Ko bangun sdh?

J: Ish, sia tidur sambil jalan bah ni!(=|

5. Kawan ko call fon ruma ko:

S: Mana ko?

J: Sini bus stop!:/

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:

S: Ko baru mandi kah?

J: Manada, sia jatuh dlm lubang jamban bah! :&

7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh diorang tanya:

S: Going up kah?

J: Eh ndak la,sia tangah tunggu apartment sia turun bah ni. (y)

8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:

S: Eeeh,bunga ka tu?

J: Tdk la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.X_X

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org katuk pintu n dia tanya:

S: Ada urang kah?

J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!!

>:/:x

10.ko baru putung rambut and..

S: eh kau putung rambut kau?

J: *pigang rambut* astaga! rambut sy pinkdik.

Bikin panas tu soalan…

hahahah ! sandi . tu la tya lg s0alan b0nuss . .


Sunday, November 21, 2010

i wanna be i wanna be

:D,
i wanna be i wanna be
anak solehah :)
let's us be

READ THIS !

Tips menjadi anak soleh

1. Sentiasa bermanis muka apabila bercakap atau memandang wajah ibu bapa Rita.

2. Selalu 'meringankan tulang' untuk membantu ibu bapa dalam kerja-kerja yang mudah di rumah.

3. Membuat sesuatu kerja yang sepatutnya kita kerjakan tanpa periu disuruh atau diarah oleh ibu bapa kita.

4. Jangan merungut atau mem-bantah di atas segala arahan atau suruhan ibu bapa kita.

5. Sentiasa mendoakan keampu-nan dan kesejahteraan untuk kedua ibu bapa kita terutama sekali selepas solat fardhu.

6. Amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua-dua ibu bapa sewaktu hendak keluar atau masuk ke dalam rumah.

7. Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita metakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan.

8. Mengucap salam dan memohon ampun daripada ibu bapa sebelum kita tidur malam hari.

9. Tunduk dan bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan ibu bapa.

10. Bercakap dengan lemah lembut, tidak berkasar serta tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa.

11. Sewaktu makan, biarlah ibu bapa kita yang menjamah makanan terlebih dahulu.

12. Jangan selalu meminta-minta daripada ibu bapa terutama sekali sesuatu perkara atau benda yang tidak perlu ataupun yang tidak munasabah.

13. Sentiasa redha, bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap pemberian daripada ibu bapa.

14. Belajar dengan tekun dan ber-sungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran sebagai suatu hadiah istimewa daripada kita untuk ibu bapa tersayang.

15. Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan ibu bapa kita dalam setiap perkara walaupun kita yang bersalah.

16. Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan 'terima kasih' di atas segala pemberian dan nasihat daripada ibu bapa kita.

17. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita sama ada dengan perkataan, perbuatan mahupun sikap kita.

18. Sentiasa patuh kepada perintah Allah S.W.T dengan tidak me-ninggalkan solat kerana anak yang soleh juga merupakan anak yang taat pada perintah Allah S.W.T.


GOOD LUCK TO YOU AND TO ME TOO :D

Saturday, November 20, 2010

5 tanda hati keras !

HATI adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya.

Sebaliknya, hati boleh menjadi sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti dilakukan manusia sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah berkata: "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pulalah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda boleh dikenali antaranya:

# Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan terutama melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan kewajipan ditetapkan itu seperti tidak serius menunaikan solat atau berasa berat melaksanakan ibadah sunnah.

Allah menyifatkan golongan ini kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan". (Surah at-Taubah, ayat 54).

# Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dan lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya.

Bahkan ada hati enggan dan berpaling daripadanya sedangkan Allah memberi ingatan yang ertinya: "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku". (Surah Al-Qaf, ayat 45)

# Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat. Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata.

Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia. Penghujungnya jadilah dia seorang yang memiliki sifat dengki, ego, bakhil serta tamak terhadap dunia semata-mata.

# Kurang mengagungkan Allah sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

# Tidak belajar dengan ayat kauniah iaitu tidak terpengaruh dengan peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian, sakit atau bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai biasa.

Haikatnya, kematian itu adalah nasihat. Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah mereka (orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Ascribing partners to Allah, that is, idolatry (shirk), is the gravest crime that can be committed against Allah. Allah stresses the seriousness of this crime in the Qur'an as follows:

Allah does not forgive anything being associated with Him but He forgives whoever He wills for anything other than that. Anyone who associates something with Allah has committed a terrible crime. (Surat an-Nisa: 48)


Idolatry has always been prevalent historically, and is also widespread in our time. Many people may consider it a remote possibility for them to be idolatrous, even as they immerse themselves in idolatry, for idolatry is ascribing Allah's attributes to other beings. For this reason, if a person's purpose in life is to earn the approval of beings other than Allah and please them, then they are ascribing partners to Allah.

Praying is one of the most important ways to protect oneself against idolatry, since while praying, the supplicant acknowledges Allah's existence and unity deep inside and recognizes that there is no one to turn to other than Him. For this reason, supplication protects a believer against idolatry. Supplication is also an acknowledgement of one's weaknesses before Allah and that He is the only One Who can help him. For this reason, prayer protects a believer against idolatry.

As the verse "O Prophet! Allah is enough for you, and for the believers who follow you." (Surat al-Anfal: 64) maintains, Muslims know that the only being from whom help is sought is Allah. He is the One Who is superior in every way, the Owner of infinite power, and the One Who sees and hears everything. He is Allah, Who is exalted above anything. He holds all the power in the entire universe. This being the case, help and forgiveness must be sought from no one but Allah, the One Who is Rich Beyond Need, Praiseworthy. In the Qur'an, Allah states the gravity of the error of praying to someone other than Allah:

So do not call on any other god along with Allah or you will be among those who will be punished. (Surat ash-Shuara: 213)



In other verses, Allah describes the situation of those who pray to others than Allah:

Those you call on besides Allah do not create anything. They are themselves created. They are dead, not alive, and they are not aware of when they will be raised. (Surat an-Nahl: 20-21)



Consequently, a sincere believer never prays to someone other than Allah. He implores only Him and asks for His help alone. In Surat al-Fatiha, the first surah of the Qur'an, Allah advises believers to pray in the following way:

You alone we ask for help. Guide us on the straight path, the path of those You have blessed, not of those with anger on them, nor of the misguided. (Surah al-Fatiha: 4-7)

What befits Muslims is to ponder over and grasp Allah's infinite might, submit themselves wholeheartedly to this might and ask for help only from Him. A contrary attitude brings grief both in this world and beyond. This is Allah's promise.

Allah Your The One I Had


Allah,
guide me all trough this hard way
i do love him
please ya Allah
i want him to guide me all along my life
Allah i wish if he is my pair
find us in faith in Your
you are the one who set my soul mate
please ya Allah i hope i can control my lust
ya Allah
please help me control my feeling to him
dont let me say this feeling to him ya Allah
ya Allah
please fill my heart with LOVE to you ya Allah
NOT him
ameen ya Allah~


:'( sy rindu sy yang dulu

sy rindu Al-Quran nhe yang selalu saya baca dulu... sy rindu saat saya berjaya mewakili sekolah sampai ke peringkat negeri pertandingan tilawah Al-Quran... saya rindu saat saya dan kawan2 jalan p surau nak mengaji... saya rindu bila kami jalan kaki time puasa tapi x rasa dahaga langsung... saya mengaku saya sangat cemburu bila nampak orang tu rapat dengan orang2 baik macam cikgu or ustaz wa ustazah... saya mahu jadi macam dorang... saya cemburu bila tengok orang berakhlak baik... dan saya selalu membandingkan diri saya dengan mereka... saya cemburu bila nampak kawan2 saya happy dengan kawan mereka yang selalu mengambil berat tentang mereka... huh :'( Allah your the one i had please give me hidayah and will never take back the hidayah u had give me... i wish i could be solehah and never touch the neraka i wanna go to the syurga... i wish i could... dulu sy teruja bila dapat mewakili sekolah ke peringkat negeri dalam pertandingan hafazan saya harap time sekolah menengah saya dapat buat yang sama... saya mahu masuk aliran agama dan sains huhu... harap2 time form 4 saya dapat masuk skolah agama saya mahu jadi hafizah khatam the holy quran... and bring with me 7 person enter the syurga door huhuhu i miss you Allah i will do the best to come back to your way i ♥ Allah i ♥ Allah i ♥ Allah i ♥You Allah i miss you Rasulullah i wish i will be at the syurga with you i wish i could and i'll try my best i ♥ Allah...

Wednesday, November 17, 2010

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Saturday, November 6, 2010

kerana kawan ~~



Kisah di bawah merupakan kisah benar yang kami peroleh hasil temuramah bersama penghuni salah sebuah rumah perlindungan wanita Raudhatus Sakinah. Temuramah ini dibuat sempena lawatan iLuvislam.com ke sana.

Siti (bukan nama sebenar) sudah pun bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran. Beliau memiliki diploma dari sebuah universiti tempatan.

Siti hanya pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam. Itulah sahaja aktiviti beliau seharian tanpa memikirkan pasal orang lain sehingga beliau mengetahui salah seorang kawan telah mempunyai teman lelaki. Beliau rasa amat iri hati dengan kawannya. Faktor kawan menyebabkan Siti terpedaya dengan fitnah dunia.

Peristiwa malang bermula apabila dia bertemu dengan seorang pelanggan lelaki iaitu Ali (bukan nama sebenar). Setelah pertemuan itu, Ali sentiasa bertanya khabar, menelefon dan berSMS dengan Siti. Hal ini menyebabkan Siti jatuh hati kepadanya.

Hidup Siti berubah selepas itu. Siti berkerja pada waktu siang, tetapi malamnya dihabiskan dengan keluar malam bersama Ali sehingga ditakdirkan beliau mengandung.

Pada ketika itu beliau berasa tidak tahu ingin membuat apa-apa. Ali berjanji untuk bertanggungjawab dengan perkara tersebut, namun hanya manis dengan kata-kata tetapi tidak indah dari tindakannya.

Akhirnya Siti ditinggalkan bersendirian dengan kandungannya sehinggalah dia dikenalkan dengan rumah perlindungan Raudhatus Sakinah.

Apabila ditanya tentang masa depannya, Siti berazam untuk menjadi seorang isteri solehah dan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

**********

Perkongsian pengalaman Siti menunjukkan bahawa pengaruh rakan amat penting. Andai kita berkawan rapat dengan orang-orang yang baik dan soleh, insyaAllah ia akan membantu kita untuk menjadi seorang yang baik.

Jika kita berkawan rapat dengan orang-orang berjaya, insyaAllah suatu hari nanti kita juga akan berjaya.

Selain itu, kita tidak boleh membiarkan masa lapang kita dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri

:)







Senario Dalam Komuter:

Manusia bersesak-sesak mahu ke destinasi masing-masing. Sepasang kekasih, Teruna dan Dara masuk ke koc campuran bersama-sama.

" Kalau tak berteman takut nanti terlupa atau tertinggal stesen." kata Si Teruna.

Si Dara terus sahaja bersetuju. Sanggup bersesak-sesak asalkan dapat keluar dari tren bersama-sama. Sambil itu boleh juga berbual-bual, tidaklah bosan di dalam tren nanti. Klang ke Midvalley bukan dekat. Hampir sejam juga perjalanan. Itupun kalau tidak tersangkut-sangkut. Begitulah fikir Si Dara mengiakan logik cadangan Si Teruna.

Di dalam tren, sesaknya tidak terkata. Pasangan kekasih tadi terkepung. Ruang hendak berganjak tiada. Tambah parah koc yang mereka naiki tiada wanita lain. Hanya Si Dara itu seorang dan yang seorang itulah terpaksa bersesak dengan semua lelaki yang lain.

Maka Si Teruna dengan penuh rasa kasih sayang, 'caring', lagi 'protective' menarik Si Dara supaya lebih dekat dengannya.

" Awak peganglah baju saya. Tak adalah terlanggar orang lain. Tak pun awak sandar je kat sini. " cadang Si Teruna sambil menunjuk ke arah dadanya.

Si Dara yang sememangnya daripada tadi rimas dikelilingi lelaki-lelaki asing mengangguk tanda setuju. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya. Terasa selamat, rasa dilindungi. Makin yakinlah Si Dara bahawa Si Teruna memang benar-benar menyayanginya. Makin mekar jugalah rasa kasih Si Dara kepada Si Teruna dan makin bangga jugalah Si Teruna kerana dapat melindungi Si Dara yang dicintainya.

Tren semakin lama semakin sesak. Makin terdesak jugalah Si Teruna dan Dara berpegangan. Si Dara tidak sanggup dirinya bersentuhan dengan lelaki lain. Maka makin kuatlah pegangannya ke pinggang Si Teruna. Si Teruna pula tidak sekali-kali membenarkan jantan lain menyentuh kekasihnya. Haram! Makin rapat jugalah ditariknya Si Dara.

" Lebih baik dia sentuh aku daripada mereka. " bisik hati Si Teruna.

***

Persoalan saya, betulkah lebih baik begitu?

Inilah persoalan yang saya ajukan kepada Si Teruna dan Dara. Mereka mengaku tahu hukum bersentuhan antara bukan mahram.

" Bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding bersentuhan dengan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram. "

( Riwayat Ibnu Majah )

" Tapi memang dah tak ada pilihan lain. Takkan nak dibiarkan Si Dara berlanggaran dengan semua lelaki lain? "

" Gua tak sanggup, bro! Itu awek gua, bro! " Bentak Si Teruna.

" Tapi dia seorang je lelaki yang saya kenal kat situ! Saya tak sanggup berlaga-laga dengan lelaki lain. Silap-silap kena raba. Sekurang-kurangnya Si Teruna sayang saya! " Bidas Si Dara pula.

Ya! Kenapa tak dibiarkan sahaja? Lebih baik dibiarkan Si Dara berlanggar dengan lelaki lain tanpa sengaja dari berpegangan dengan Si Teruna dengan sengaja!

" Yang tidak disengajakan itu mungkin boleh diampunkan Allah, tetapi adakah yang sengaja itu boleh diterima? "

" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. "

(Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)

" Kitab mana pula yang berkata lebih baik untuk Si Dara berpegangan dengan kekasihnya daripada bersentuhan dengan lelaki selainnya? "

" Apakah ada dinyatakan dalam hukum syara' bahawa memegan teman lelaki (atau tunang) itu lebih baik atau lebih kurang dosanya daripada memegang lelaki lain? "

Jikalau siapa merasakan ada dalilnya untuk mereka berbuat begitu, maka silalah tunjukkan pada dunia. Silakan teruskan berpelukan kalau benar ada syara' yang membenarkan. Kalau tidak ada, maka berjauhlah kalian daripada masing-masing. Biarlah Si Dara naik koc wanita, Si Teruna naik koc lain. Lebih baik terlepas stesen daripada melanggar larangan Allah swt.

Akhirnya, apabila disebut tentang larangan Allah swt teringat pula kepada satu perkara yang lebih penting ;

" Pergi 'dating' bersama tu, Allah swt benarkan ke? "

Thursday, November 4, 2010

wanita

morning :)



start your day with a smile :)

i hope today will be a beautiful day in my life again ^^
waking up about 7:15 a.m. haha
just because sleep in the midnight
busy playing the hs5 :)
well nevermind as long as i not escape to pray at subuh time
lol :)


KERANAMU ADAM



kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam


peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku


peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu


kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku


saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka


maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

salahkah aku berubah?


Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya.

Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...

"Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni."

"Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing."

"Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover."

Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala.

Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi.

Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, "Bangun Subuh!" Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat.

Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek.

"Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni."

Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat.

Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya.

Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir.

Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu.

Mukanya berkerut menahan kesakitan.

"Kau tak apa-apa ke?" Izzat bertanya.

"Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?" Aliuddin bersuara garang.

Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin.

Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit.

Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada.

Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali?

Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?

Esok cuti sekolah bermula.

Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya.

Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas.

Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui.

Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.

(I) Isyak, (S) Subuh, (L) Luhur (Zuhur), (A) Asar, (M) Maghrib

Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi.

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., "Aku ambilmu sebagai kekasih.

Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.

Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.

Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.

Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.

Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.

Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.

Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.

Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.

Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang."

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.

Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Izzat, Sahabatmu

Bas meluncur laju membelah malam.

Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin.

Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas.

Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.

"Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya."

"Budak-budak tu la..." mulutnya memuncung ke satu arah.

"Budak-budak mana?" Izzat mencari-cari kelibat orang.

"Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid.

Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik.

Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!" Satu tumbukan padu dilepaskan.

Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.

"Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah."

"Meh sini aku check." Izzat membelek-belek muka Aliuddin. "Ish..." Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. "Dia saja main-main kot."

"Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat."

"Biarlah... Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free."

"Pahala free? Kenapa pula?"

"Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa."

"Owh... ye ke?" Izzat mengangguk.

"Aku dapat pahala?" Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok.

Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.