Tuesday, December 7, 2010

cinta itu hanya untuk Allah

Nukilan buat Sahabat yang Menyintai Kekasihnya.

Sahabatku…

Aku membaca luahan hatimu kepada kekasihmu,

Luahan yang kau abadikan di blog milikmu,

Kau luahkan segala perasaanmu kepadanya,

hingga kaukatakan’

"~~sungguh, hanyalah dirimu yang aku cintai..

dan sungguh, kukan di sisimu hingga kumati~~"

Kukira kau mahu semua orang mengetahui,

Bahawa kau amat mencintai kekasihmu itu.

Kau ingin berbangga memilikinya sebagai kekasih,

Lantaran segala pengorbanannya yang mengharukanmu.

Sehinga kuyakin,

Sesiapa sahaja yang membacanya pasti merasa,

Bertapa dalamnya cintamu kepadanya,

Dan tiada siapa yang mungkin mengingkarinya.

Tetapi…

Terharukah aku membacanya? Terharukah aku?

Lalu mengapa air mata ini mengalir?

Mengapa?

Namun hatiku membisikkan, aku bukan terharu..

Sebenarnya aku sedang terkesima ..

Terkesima melihat cinta seseorang yang diletakkan bukan pada tempatnya yang sebenar…

Sesungguhnya aku akan hanya terharu…

Jika yang kau cintakan itu adalah Rabb-mu…

Jika yang kau sayangi itu adalah Tuhanmu…

Pencipta dirimu…

Yang menciptakan segala yang ada pada dirimu,

Keluargamu,

Ibumu,

Ayahmu,

Kekasihmu,

Bahkan PERASAAN yang kau rasakan saat ini…

Kerana aku yang hina ini melihat…

Kau tidak meletakkan Allah sebagai cinta terATASmu…

Yang lebih kaudambakan hanyalah cinta dia,

Manusia biasa…

Walaupun dia Amat MenCintaimu..

Tapi ingatlah..

ALLAH LEBIH MENCINTAIMU…

Kerana DIA yang memberimu kebahagiaan yang kau kecapi kini…

Namun kerana cintamu kepada dia,

Seakan-akan kau melupakan DIA,

Kau lebih mahu memenangi hatinya

Daripada memenangi diriNYA,

Kau lebih ingin menyenangkan diri kekasihmu,

Tetapi kau telah mengingkari kasih KEKASIH sebenarmu…

Kau lebih ingin memenuhi kehendak dirimu serta kekasihmu,

Tetapi kau meninggalkan kehendak KEKASIH sebenarmu.

Kau amat takut andai kau terguris hati kekasihmu.

Tetapi sedarkah kau yang kau telah menoreh-noreh KEKASIH SEBENARMU,

Dengan melakukan larangan-laranganNYA…?

Satu analogi mudah buat situasimu ini…

Bayangkan jika kau mencintai kekasihmu itu,

Lalu kau berikan segalanya kepadanya,

Dan kau mendapati dia turut mencintai dirimu,

Dia juga memberikan segalanya kepada dirimu,

Namun akhirnya kau sedari,

Cintanya padamu hanya kerana rupa parasmu yang anggun,

Suaramu yang lunak-merdu,

Hanya itu!

Hanya kerana fizikalmu!

Dan seandainya fizikalmu hilang,

Cinta kekasihmu buatmu turut hilang…

Lalu kau menyedari itu bukan cinta sebenar,

Kau menyedari bukan dirimu yang dicintai dan dipuja selama ini,

Kau menyedari yang dirimu terasa dikhianati…

Bagaimana perasaanmu ketika itu?

Dan itulah analoginya,

Ketika Tuhanmu menyintaimu lalu memberikan segalanya padamu,

Lalu yang kau kembalikan,

Hanyalah cintamu kepada hambaNYA yang biasa,

Kau rasa bersyukur,

Hanya kerana memiliki hambaNYA,

Kau rasa gembira kerana layanan hambaNYA kepadamu,

Bukan sebenarnya kepadaNYA…

Kau merasakan kekasihmulah ang menghilangkan deritamu selama ini,

Tetapi sebenarnya DIAlah yang menghilangkannya.

Kau merasakan kekasihmu memberimu semangat untuk bangun kembali mengharungi hidup ini,

Tetapi sebenarnya DIAlah yang meniupkan semangat kepada jiwamu.

Kau merasakan kekasihmu itu yang membahagiakanmu selama ini,

Tetapi sebenarnya DIAlah yang meniupkan kebahagiaan kepadamu.

Kaumerasakan kau sangat bahagia apabila dicintai dan dkasihi kekasihmu,

Tetapi siapakah yang menciptakan perasaan cinta dan perasaan kasih itu?

Siapakah sebenarnya yang meniupkan perasaan cinta itu keadalam dirimu dan kekasihmu?

Juga yang meniupkan sifat pengasih kepada ibumu,

Juga kepada sesiapa sahaja yang mencintaimu.

Siapa?

Siapakah Ar-Rahim itu?

Siapakah Yang Maha Penyayang itu!?

Siapakah yang sebenarnya mencintaimu itu?

SIAPA!!??

DIAlah ALLAH!!!

ALLAH….

Ya…DIAlah ALLAH..

ALLAHlah yang menyintaimu sebenarnya,

Allahlah yang menyintaimu selama ini…

Lalu mengapakah kau tega melukakan diriNYA,

Dengan perbuatan-perbuatanmu,

Hanya kerana dikaburi cinta kepada kekasihmu itu…?

Sahabatku…

kau hanyalah hamba ALLAH,

kekasihmu juga hanyalah hamba ALLAH,

aku juga hanyalah hamba ALLAH,

hambaNYA yang sangat hina,

mungkin sahaja aku lebih hina daripada kalian,

namun…

Cinta kita kepadaNYA perlu melebihi segalanya,

Bukan setakat lafaz di bibir,

Tetapi dengan pembuktian pengabdian yang nyata,

Melakukan yang diperintah,

Meninggalkan yang dilarang…

Tidakkah kau merisaukan,

Tibanya suatu hari,

Di mana kau dan kekasihmu berseteru di hadapan ALLAH,

Saling menyalahkan antara satu sama lain,

Masing-masing mengatakan diri sendiri tidak bersalah,

Kau sehabis mungkin mengatakan bahawa kekasihmu itulah yang menjerumuskanmu,

Menjermuskan dirimu kedalam lembah kesilapan ini,

Dan ketika itu pasti dia menjadi orang yang paling kaubenci sekali.

Tidak risaukah kau?

Sanggupkah kau?

Kerana inilah yang difirmankan oleh KEKASIH SEBENARMU,

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”

[Surah Az-Zukhruf, Surah 43, Ayat 67]

Sahabatku…

To love somebody is nothing,

To be loved by somebody is something,

But…

To be loved by ALLAH is EVERYTHING…

Remember always my friend…

ALLAH LOVES YOU…

MORE than you love yourself…

No comments:

Post a Comment